# Bawa beg sendiri untuk membeli belah.
# Berbasikal atau berjalan kaki untuk perjalanan yang dekat.
# Tutup peralatan elektrik jika tidak digunakan.
# Amalkan 3R (mengurangkan, menggguna semula dan mengitar semula). Kita dapat menjimatkan banyak sumber alam daripada dimusnahkan.
# Praktiskan dan sokong pekebunan secara organik.
# Gunakan tenaga dan bahan api secara efisyen, jangan bazirkan sumber ini.
#
Jalankan projek-projek atau aktiviti bertemakan alam sekitar di rumah, tempat kerja dan juga kawasan kediaman.
# Dinginkan rumah anda secara bijak dengan menanam pokok di sekitar rumah.
#
Beli barangan tempatan. Selain kita dapat menjimatkan wang, ia turut menyokong ekonomi tempatan serta mengurangkan pembebasan karbon disebabkan penggangkutan barangan jarak jauh.
# Kurangkan atau hentikan menggunakan barangan pakai buang. Ia hanya menghasilkan sisa pepejal.
# Gunakan air secara bijak kerana ia juga merupakan sumber yang semakin berkurangan.
# Belilah barangan mesra alam yang di iktiraf. Produk-produk ini dapat mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
No comments:
Post a Comment