Tip Persediaan Sebelum Bencana
*
Periksa potensi risiko kebakaran – Pendawaian elektrik dan sistem paip gas memasak kerana amat berbahaya bila berlaku gempa bumi
*
Tahu suis-suis utama dan injap di mana dan bagaimana menutup bekalan elektrik, gas dan air
*
Pastikan anda memiliki lampu suluh dan radio berkuasa bateri sekiranya berlaku: terputus bekalan lektrik, simpan lampu suluh di tepi katil anda atau tempat yang dikhaskan
*
Simpan satu atau lebih alat pemadam api di lokasi yang mudah diambil
*
Simpan bekalan asas pertolongan cemas di samping pengetahuan asas tentang prosedur pertolongan cemas
*
Tempatkan objek-objek yang besar dan berat di rak sebelah bawah. Pakukan rak secara selamat ke dinding. Ikat atau tambatkan objek-objek yang tinggi dan berat
*
Pastikan katil anda diletakkan jauh daripada tingkap yang besar, cermin dan objek-objek berat yang mungkin jatuh
*
Beritahu keluarga apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku gempa bumi
*
Simpan barang-barang berbahaya seperti cecair mudah terbakar dan beracun di tempat yang selamat di mana ianya tidak mudah jatuh atau pecah
*
Bahan-bahan isian botol, kaca dan lain-lain yang mudah pecah seharusnya tidak disimpan di tempat-tempat tinggi atau ditinggalkan di rak-rak yang membolehkannya menggelungsur bebas
*
Lampu-lampu lekapan di siling perlulah dipasang kukuh. Pendawaian kecil atau rantai yang sesuai boleh mengatasi risiko ini
*
Rekahan dinding yang dalam perlu disiasat. Rekahan tersebut terutamanya di siling boleh runtuh dalam bentuk kepingan-kepingan besar dan boleh menyebabkan kecederaan
*
Dalam keadaan biasa aktiviti-aktiviti harian di tempat kerja atau di sekolah, elakkan halangan di koridor, pintu dan laluan keluar daripada pelbagai barangan kelengkapan, kotak-kotak, basikal dan sebagainya
*
Adalah penting semua laluan dikosongkan untuk pemindahan penghuni dan urusan pasukan penyelamat apabila berlaku kecemasan.
No comments:
Post a Comment