Saturday, May 8, 2010

Tip Menjimatkan Penggunaan Air

Tip Menjimatkan Penggunaan Air

 Mandi menggunakan air yang disimpan didalam kolah atau baldi lebih menjimatkan daripada air pancuran. Tadah air ketika bersabun atau bersyampu.

 Gunakan tandas yang mempunyai dua pam dalam sistem pengepaman. Ia hanya menggunakan 6 liter untuk pengepaman sepenuhnya, dan 3 liter untuk pengepaman separuh, berbanding sistem pengepaman biasa yang menggunakan 10 liter air.

 Kurangkan membasuh kenderaan. Hanya cuci apabila kenderaan benar-benar kotor. Jika membasuh kenderaan gunakan air yang ditadah dalam baldi. Membasuh dengan menggunakan hos getah akan meningkatkan penggunaan air.

 Tidakpun, tadah air hujan untuk kegunaan membasuh kenderaan, membersih laman rumah atau menyiram pokok. Bil dapat dikurangkan jika menggunakan sumber air yang asli.

 Cuci pakaian menggunakan mesin basuh hanya apabila muatannya penuh. Jumlah penggunaan air bagi muatan penuh dan separuh adalah lebih kurang sama.

 Jika membasuh menggunakan tangan, pastikan pakaian dibilas dalam baldi, bukan terus dari paip.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment