Saturday, May 8, 2010
TANAH RUNTUH
Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia.
Kawasan tanah runtuh boleh berlaku:
* di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama
* di kaki atau permukaan atas cerun
* di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama
* di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak
Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh :
* di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada masa lampau
* di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai
Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :
* Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi
* Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima
* Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan
* Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumah
* Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit
* Kepecahan serta kebocoran pada paip air
* Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar
* Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok
* Pemendapan ketara permukaan jalan
* Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment