pabila berkunjung ke pasaraya, anda pasti akan terpandangkan rak-rak yang menyediakan beg kitar bagi mengantikan penggunaan beg plastik.
Di beg berkenaan tertulis tanda amaran supaya menghentikan penggunaan beg plastik sekiranya mahu menyelamatkan bumi.
Usaha untuk mengurangkan pengguanan beg plastik dilakukan kerana setiap tahun, kira-kira 500 billion beg plastik digunakan di seluruh dunia yang merosakkan alam sekitar.
Jumlah penggunaan plastik yang banyak ini berlaku kerana plastik tidak hanya terhad kepada pembungkusan beberapa jenis barangan tertentu, tetapi kini plastik digunakan dengan meluas apabila peruncit dan pengeluar pelbagai jenis barangan pengguna lebih banyak menggunakan plastik sebagai bahan pembungkusan berbanding kertas.
Penggunaan beg plastik sememangnya tidak digalakkan memandangkan beg plastik mengambil masa kira-kira 300 tahun untuk mengurai dan ia pecah menjadi partikel toksid kecil yang mencemarkan tanah serta saliran air.
Ini secara langsung menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar sekiranya bahan buangan plastik itu tidak diuruskan dengan betul.
Keadaan ini juga menyebabkan haiwan dan hidupan laut turut terbunuh setiap hari gara-gara beg plastik terbuang kerana plastik tersumbat dalam saluran ususnya.
Selain itu, plastik adalah sejenis bahan yang mudah terbakar kerana unsur utamanya terdiri daripada karbon dan hidrogen.
Jika bahan buangan plastik itu dibakar, gas berasid hidrogen akan dibebaskan dengan banyak, hujan asid boleh terjadi.
Hujan asid bukan saja boleh membahayakan manusia, malah boleh menggugat ekologi alam, misalnya tanah tidak sesuai lagi digunakan untuk pertanian.
Satu cara mengatasi masalah itu ialah memproses semua bahan buangan plastik bagi membolehkannya digunakan semula, sekali gus meminimunkan kadar plastik dalam kitaran pengunaan.
Disamping dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar, kitaran semula buangan bahan plastik boleh mengatasi masalah kekurangan tempat pelupusan sampah.
Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang berlangsung 5 Jun lalu, orang ramai digalakkan menggunakan beg kitar semula ketika membeli belah.
Penggunaan beg kitar semula ini sekali gus dapat mengurangkan pembaziran daripada pengunaan beg plastik yang diamalkan selama ini serta menyumbang dari segi pengurangan sampah.
Sumber maklumat : Berita Harian
Alam Sekitar
Saturday, May 8, 2010
APAKAH BEZA CUACA DAN IKLIM
Cuaca biasanya merujuk kepada tempatan dan jangka pendek. Jika hujan di Kuala Lumpur tempat kita tinggal, ini dikatakan cuaca.
Iklim pula adalah jangka panjang dan tidak hanya terhad kepada satu lokasi sahaja.
Iklim sesuatu kawasan adalah purata keadaan sesuatu rantau dalam suatu tempoh masa tertentu.
Misalnya jika kawasan tempat anda tinggal mengalami hujan lebat, ini merupakan sebahagian iklim bagi rantau berkenaan .
Amat penting apabila membicarakan mengenai iklim adalah jangka panjang malah ratusan tahun adalah singkat apabila memperkatakan mengenai iklim.
Perubahan iklim kadang-kala mengambil masa 10 ribu tahun dan hujan yang lebat dalam masa dua hingga tiga tahun tidak mengambarkan perubahan iklim.
Ini hanyalah anomali iaitu keadaan yang bukan berlaku dalam rangkaian statistik tetapi tidak mewakili keadaan kekal jangka masa panjang.
Ia boleh mengambil masa beribu-ribu tahun untuk memanaskan atau menyejukan hanya 1 darjah secara semulajadi.
Bagi mendapatkan kitaran era ais, suhu Bumi boleh berubah kerana aktiviti gunung berapi, perbezaan dalam kitaran tumbuhan, perubahan dalam amaun radiasi matahari dan perubahan semulajadi dalam kimia atmosfera.
Sumber: Estidotmy,Utusan Malaysia, 24 Jun 2009
APAKAH BERLAKU JIKA BONGKAH AIS MENCAIR?
Adakah bongkah ais kutub dalam bahaya mencair dan menyebabkan aras laut meningkat? Ini boleh berlaku tetapi tiada siapa yang tahu bila ia akan berlaku.
Kawasan paling banyak diliputi ais adalah di Antartika (Khutub Selatan) dengan kira-kira 90 peratus ais di Bumi dan 70 peratus air tawar.
Antartika diliputi dengan purata 2,133 meter tebal dan jika ais di Antartika mencair aras laut di Bumi akan meningkat kira-kira 60 meter tetapi purata suhu di Antartika adalah -37 darjah celcius, maka ais tidak mungkin mencair.
Malah kebanyakan kawasan berkenaan tidak pernah mengalami suhu lebih daripada paras beku.
Pada bahagian lain Bumi, Khutub Utara, ais tidak setebal di Khutub Selatan dan ais terapung di Lautan Artik dan jika ia mencair paras laut tidak memberikan kesan.
Ini merupakan amuan yang berkaitan dengan ais yang meliputi Greenland yang boleh bertambah sehingga tujuh meter kepada aras lautan jika ia mencair.
Oleh kerana Greenland lebih dekat dengan khatulistiwa berbanding Antartika, suhunya lebih tinggi dan ais di sana mudah mencair.
Siantis dari London dan Edinburgh berkata ais hilang di Antartika dan Greenland menyumbang kira-kira 12 peratus peningkatan air aras laut.
Sumber : estidotmy, Utusan Malaysia, 24 Jun 2009
APAKAH KESAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ARAS LAUTAN
Kita telah melihat purata kejatuhan hanya lima darjah celcius dalam masa seribu tahun boleh menyebabkan era ais, jadi apa yang berlaku jika suhu Bumi secara purata meningkat beberapa darjah dalam tempoh beberapa ratus tahun.
Tidak terdapat jawapan yang jelas mengenainya.
Malah ramalan cuaca jangka pendek tidak pernah tepat kerana iklim adalah fenomena kompleks.
Apabila ia melibatkan ramalan jangka panjang, kita perlu berlandaskan pengetahuan bentuk iklim menerusi sejarah.
Glasier dan bongkah ais seluruh dunia sedang dan kehilangan kawasan air yang luas boleh mempercepatkan pemanasan global kerana kurangnya tenaga matahari yang boleh dipantulkan dari Bumi.
Jesteru aras laut akan meningkat serta merta dan biasanya peningkatan hanya satu atau dua inci.
Peningkatan biasa biasanya menyebabkan masalah banjir bagi kawasan pantai yang rendah.
Bagaimanapun jika bongkah ais Antartika Barat mencair dan tumbang kedalam lautan ia akan meningkatkan aras lautan sehingga 10 meter dan banyak kawasan pantai akan hilang di bawah lautan.
Diramalkan aras lautan akan meningkat 17 sentimeter menjelang abad ke 20.
Saintis meramalkan aras laut akan terus meningkat sehingga abad ke-21 dengan peningkatan antara tujuh hingga 22 inci menjelang 2100.
Sumber: estidotmy 24 Jun 2009,Utusan Malaysia.
AMALKAN SIKAP CINTAKAN ALAM SEKITAR
Amalkan Sikap Cintakan Alam Sekitar
Memandangkan dunia sedang berdepan dengan isu pemanasan global yang semakin serius masyarakat diharapkan dapat menjadi pengguna yang perihatin terhadap alam sekitar.
Persoalannya, sejauh manakah pencapaian kita sebagai pengguna yang lestari? Setakat ini, tidak ramai yang begitu menitikberatkan perkara seperti penjimatan elektrik, pembaziran tenaga, pencemaran alam sekitar dan sebagainya. Tahap kesedaran pengguna Malaysia masih rendah. Malah, mereka boleh dikatakan masih berada di peringkat awal dalam meletakkan diri sebagai pengguna lestari.
Amalan pengunaan lestari sebenarnya amat mudah untuk dipraktikkan oleh pengguna. Antaranya, mereka boleh berbelanja secara berhemat, menjimatkan pengunaan sumber air, tenaga dan bahan bakar, menggunakan bahan-bahan yang tidak mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar serta menggunakan teknologi bersih dan juga mesra alam.
Untuk menggalakkan amalan penggunaan lestari ini, masyarakat perlu belajar berbelanja mengikut keperluan mereka. Rancang dulu perbelanjaan anda. Sebaiknya, buat senarai barangan yang diperlukan dan belilah barangan hanya bila ia diperlukan.
Satu kemestian apabila membeli barangan ialah membaca lebel secara terperinci. Label mengandungi maklumat asas seperti kandungan pemakanan, tarikh luput, logo-logo berkaitan alam sekitar ataupun sama ada ia diperbuat daripada hasil bahan kitar semula.
Apabila membeli, lihat pada pembungkusan produk tidak kira bekas, botol atau kotak. Beli produk yang menyokong pembungkusan yang boleh diguna semula dan dikitar semula. Cara ini dapat mengurangkan terhasilnya sisa pepejal.
Ketika keluar membeli-belah juga amalkan membawa bersama beg sendiri dari rumah. Elakkan menggunakan beg plastik terutamanya yang memakan masa untuk dilupuskan.
Sebabnya, salah satu daripada sampah yang sering dibuang adalah pembungkus barangan harian yang dibeli termasuk beg plastik yang digunakan untuk membawa barangan tersebut.
Mungkin tidak semua barangan perlu dibeli. Contohnya, anda boleh menanam sendiri sayuran di kawasan rumah termasuk menggunakan teknik hidroponik yang tururt menjurus kepada amalan pengunaan lestari.
Malah, cara ini bukan sahaja dapat memastikan sayuran yang dimakan segar dan bebas bahan kimia racun perosak, tetapi boleh menjimatkan perbelanjaan keluarga.
Selain itu, pengguna juga boleh menjimatkan sumber bahan bakar dengan berusaha mengurangkan pengunaan kenderaan untuk ketempat-tempat yang berdekatan.
Bercerita tentang penjimatan ini, pengguna juga perlu mengambil kira pengunaan peralatan elektrik di rumah kerana ia juga merupakan antara penyumbang utama kepada pembaziran tenaga dan turut mempercepatkan pemanasan global.
Mulakan dengan membeli peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga. Kini, banyak jenama telah mengambil langkah mengeluarkan produk penjimatan tenaga dalam usaha untuk mengurangkan pemanasan global.
Ataupun, pilih barangan yang bersesuaian seperti pengunaan lampu kalimantang yang empat kali lebih cerah daripada mentol walaupun kedua-duanya menggunakan kuasa watt yang sama. Malah ia juga tahan lapan kali lebih lama berbanding mentol.
Sekiranya semua ini diamalkan, ia bukan sahaja dapat menyumbang ke arah persekitaran yang lebih sihat malah mampu mengekalkan kehijauan alam serta menjimatkan perbelanjaan.
Jadi, ubahlah sikap bermula hari ini. Jadilah penguna yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar bagi memastikan ia dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang.
Sumber : Utusan Malaysia

MENJAGA KEBERSIHAN AIR
65% hingga 70% badan manusia adalah air
75% daripada otak manusia adalah air
97% air didunia adalah air laut (air masin)
3% adalah air tawar dan daripada jumlah ini hanya 0.3% adalah air permukaan yang boleh digunakan untuk kegunaan manusia
Manusia hanya boleh hidup tanpa air untuk 5 – 7 hari
Pengguna Malaysia hanya menggunakan 15 hingga 18 billion m3 (meter padu) air untuk kegunaan tahunan tetapi air hujan yang diterima di Malaysia yang tidak digunakan adalah 990 billion m3
Dalam Keadaan Ini Bagaimana Kita Menjaga Sumber Kita?
Jangan membuang sampah ke sungai, tasik dan sumber air semulajadi yang lain. Pembuangan sampah ke parit dan longkang akan sampai ke sungai atau tasik juga.
Gunakan bahan pencuci yang mesra alam. Ini menggelakan kesan pencemaran kepada air.
Elakkan penggunaan baja kimia dan racun perosak. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam sungai menyebabkan pencemaran serta boleh menyebabkan keracunan.
Pembuangan bahan berminyak ke dalam longkang patut dielakkan, bahan-bahan ini akan sampai ke sungai juga. Minyak tidak terbiodegrasi dengan senang.
Pencemaran air boleh membunuh hidupan akuatik dan juga tumbuhan sekeliling.
Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika aktiviti pembuangan haram atau pencemaran dijalankan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pastikan air kumbahan dirawat sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Bahan-bahan dalam kumbahan boleh menyebabkan air sungai sukar untuk dirawat untuk di minum.
Jalankan aktiviti dengan penduduk tempatan untuk menjaga kebersihan longkang, sungai, tasik atau sumber air yang lain. Walaupun penjagaan sumber air adalah penting, sebagai pengguna kita juga patut menjimatkan pengunaan air yang dirawat. Penjimatan air dapat mengelakkan penggunaan kos yang tinggi untuk perawatan air.
Sumber : Berita Harian
Pembuangan Sampah Secara Lestari
Pengguna domestik menghasilkan dua jenis sisa pepejal, iaitu sisa organik dan sisa daripada bahan-bahan pembungkusan barangan yang dibeli. Bahan organik boleh mereput dengan mudah. Namun, sesetengah bahan pembungkusan tidak boleh mereput dengan cepat.
Sektor industri sewajarnya mulai mencari bahan alternatif untuk pembungkusan. Terdapat benyak penemuan teknologi yang terkini dalam sektor ini. Industri-industri di Malaysia patut melihat kepada perubahan yang lestari.
Industri makanan akan menjadi sektor yang sukar ditangani kerana peraturan keselamatan makanan yang sedia ada berkenaan dengan pembungkusan. Walau bagaimanapun, kita boleh bermula dengan tidak menggunakan bekas-bekas stirofoam untuk membungkus makanan di restauran dan gerai-gerai makanan.
Terdapat bekas-bekas yang di perbuat daripada serat tumbuhan dan juga serat pokok kelapa sawit yang berasaskan kertas. Pengunaan perkakas keluli nirkarat (stainless steel) dan barangan gelas juga boleh dipertimbangkan. Barangan ini boleh digunakan semula selepas mencucinya dengan bersih.
Industri-industri lain boleh memilih untuk menggunakan kotak-kotak dan pembungkus berasaskan kertas. Botol gelas dan pembungkus berasaskan logam juga boleh menjadi pilihan. Bahan-bahan ini boleh digunakan dan dikitar semula. Pelebelan akan menjadi lebih penting, kerana sentiasa mengingatkan pengguna untuk guna semula dan kitar semula.
Apakah Yang Perlu Anda Lakukan?
1. Bersikap cerewet semasa memilih barangan dan ketahui hak-hak anda sebagai pengguna.
2. Ada diantara kita boleh mengelakkan pengunaan hampir 15 beg plastik jika kita membawa beg sendiri untuk membeli belah.
3. Memilih barangan yang ingin dibeli sahaja. Jangan membeli lebih daripada pengunaan. Ini akan menyebabkan kekurangan barangan dalam pasaran dan juga pembaziran.
4. Jangan terikut-ikut dengan jualan murah atau potongan harga. Perancangan pembelian juga merangkumi pemilihan jenis produk.
5. Belilah produk mesra alam yang diktiraf, kerana ini menunjukan anda telah membantu mengurangkan beban kepada alam sekitar.
6. Belilah barangan yang mempunyai bahan pembungkusan yang boleh diguna semula dan dikitar semula (kertas, kaca dan logam).
7. Pengasingan sampah yang dihasilkan di rumah patut dibuat. Dengan cara ini kita boleh mengumpul dan menjual barangan ini.
8. Terdapat juga pusat pungutan bahan kitar semula yang menjalankan aktiviti amal daripada hasil pendapatan. Hantarlah bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk tujuan ini.
9. Meletakkan lebih banyak tong kitar semula dan pastikan persatuan-persatuan penduduk serta pengurusan bangunan pejabat mengambil bahagian.
Kita juga patut sedar akan kewujudan pusat pungutan di kompleks-kompleks membeli belah.
Pengurangan sisa yang dihasilkan di Malaysia tidak dapat dilakukan oleh satu pihak sahaja. Ia melibatkan usaha bersama pengguna, industri dan kerajaan. Dengan kerjasama yang erat ini kita dapat mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar.
Sumber : Berita Harian
Subscribe to:
Posts (Atom)